|
|
||||
Jenama Produck Brunei Halal Menepati Piawaian Antarabangsa
August 24, 2007 - 3:54pm — ramlie.ladis
BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 17 Ogos. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat melancarkan jenama Brunei Halal dan Perasmian Ekspo Produk Halal Antarabangsa (IHPE) Ke-2 2007 di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas. Keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia dijunjung oleh Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Jawatan Luar Pekerma Raja Dato Seri Utama Dr. Ustaz Haji Awang Mohd. Zain; Menteri Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Setia Pahlawan Dato Seri Setia Dr. Haji Awang Ahmad; Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Awang Suyoi dan Penasihat-penasihat Jawatankuasa IHPE serta Pengerusi-pengerusi Bersama Ekspo. Berangkat sama Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Mateen. Atur cara pelancaran dimulai dengan bacaan Surah Al-Faatihah oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned. Sejurus selepas itu Kebawah DYMM berkenan melancarkan Pelancaran Jenama Brunei Halal dan IHPE Ke-2 2007 yang bertemakan 'Menyalurkan Produk-produk Halal Yang Berkualiti Ke Arena Antarabangsa'. Doa Selamat dibacakan oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned Kebawah Duli Yang Maha Mulia kemudian berangkat mengunjungi satu persatu dari 138 ruang pameran pameran bagi syarikat-syarikat tempatan dan luar negeri mempamer dan manjual produk halal mereka. Expo juga mempromosi dan memperkenalkan syarikat-syarikat pengeluar bahan mentah, pembuatan, pemprosesan atau perkilangan dan pengedar produk-produk makanan dan minuman yang menggunakan atau menerima pakaian jenama Brunei Produk Halal. Pengiktirafan pengunaan jenama produk Brunei Halal diyakini mempunyai produk berkualiti tinggi yang dikawal ketat. Ianya juga usaha memenuhi tuntutan kewajipan fardu kifayah dalam pembekalan makanan halal. Perangkaan pasaran produk halal dunia bernilai 560 billion ringgit Amerika secara keseluruhan dan nilai pasaran bagi sektor makanan sahaja dianggarkan bernilai 160 billion ringgit Amerika. Pembungkusan dan pendaftaran jenama produk Brunei Halal yang diterima pakai ini adalah piawaian dan garis panduan kebangsaan bagi makanan halal dan pengguna jenama produk Brunei Halal terhadap beberapa produk antarabangsa dan tempatan. Selain meningkatkan pendapatan negara melalui pelaburan luar negeri, usaha ini sejajar dengan sasaran mempelbagaikan ekonomi sekali gus, menggalakan pelaburan langsung asing kenegara ini, serta juga memperkenalkan dan memberikan pilihan kepada perusahaan antarabangsa menggunakan sistem pengiktitafan Brunei Produk Halal. Expo diungkayahkan dengan kerjasama erat tiga kementerian yang terdiri Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumbaer Utama, Kementerian Hal Ehwal Ugama dan Kementerian Kesihatan. - Pelita Brunei, Rabu 22 0gos 2007/1428 |
|||||